BGF9958

BGF9958
Jentera Ku....

Rabu, 17 Ogos 2011

Kata-Kata Rohani

Bijak pandai berkata,"Tak semua kata-kata rohani perlu diterjemahkan kepada kata-kata jasmani" dan "Diam itu lebih baik dari berkata-kata". Memang kalau direnung-renungkan, ada benarnya. Cuma apa yang menjadi isu, boleh dan mampukah untuk menterjemahkannya....

Mampukah untuk kita memendam segala dibenak fikiran sendiri? Membiarkan hati bergelora? Pastinya membuat diri kita meronta-ronta untuk mencari jalan penyelesaian mahupun punca kekusutan.....

Ada yang mampu membiarkan sementara masalah atau segala apa yang membebani mereka untuk satu masa yang belum tahu bila.... Ada juga yang mampu buat seperti tidak ada apa yang terjadi, atau dalam bahasa yang lebih mudah,'buat bodoh je'..... Ada juga yang tidak mampu menanggung dan mengakibatkan segala apa yang dilakukan seakan tidak kena... Bak kata-kata pujangga,"Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu".

Adalah satu kehebatan bagi mereka yang mampu menyimpan segala apa difikiran dari terpamer dimimik muka dan perilaku.... Pastinya, satu kelemahan bagi mereka yang menghadapi situasi sebaliknya... Jika hebat, perasaan dan fikiran itu tidak akan diketahui oleh sesiapa, jika lemah, orang sekeliling akan mengetahui dan menyedarinya... Soalnya, samada sedar atau tidak, adakah diambil peduli?

Ahad, 7 Ogos 2011

BARBADOS-A

Bergerak atas rentak biasa atau dengan olahan sendiri untuk mendapatkan yang terbaik.... Setiap tindakan perlu ada strategi dan tidak boleh dengan melulu atau semberono.... Setiap strategi perlu ada planning.... Plan yang dibuat perlu diusahakan mengikut yang telah dirancang, "Plan ur work, and work ur plan"....

Setiap perkara perlu kesabaran,"Patience in Thinking, Sacrifice and Win"....  Apa yang penting ialah DUIT=Doa Usaha Ikhtiar Tawakal......

Telah dijadikan dan ditentukan setiap di dunia ini  terjadi dan berlaku dengan sebab yang tersendiri.... Sesungguhnya Pencipta yang Maha Kaya lebih mengetahui.... Hidup penuh misteri kerana apa yang akan berlaku adalah sesuatu yg tidak selalunya dapat di teka atau dijangka..... Itulah bukti bahawa dunia ini penuh keunikan dan sebagai bukti kebesaran Yang Maha Esa.....